Tutup

Apa keputusan CPI Malaysia bagi 2019?

Hari ini, Transparency International - Malaysia, TIM akan mengeluarkan keputusan Indeks Persepsi Rasuah, CPI bagi tahun 2019. Untuk rekod, bagi tahun 2018, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan ke-61 daripada 180 negara dalam CPI 2018, berbanding tempat ke-62 tahun sebelumnya. Rakan setugas Fareez Azman kini berada di Royal Selangor Club, Dataran Merdeka untuk mengikuti pengumuman CPI Malaysia bagi tahun 2019.