Tutup

Apa langkah pertama rawatan suspek N-CoV di Hospital Sungai Buloh?

Setiap pesakit yang disyaki pembawa novel koronavirus yang dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh, akan di periksa terlebih dahulu, dari segi latar belakang dan sejarah penerbangan mereka. Menurut Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Dr C. Suresh Kumar, langkah seterusnya ialah sampel kahak mereka diambil sebelum keputusan diketahui dalam tempoh 24 jam. Semua prosedur ini perlu bagi mengenal pasti bentuk rawatan susulan bersesuaian diberikan kepada pesakit.