announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

APEC 2020: MITI komited pastikan inisiatif direalisasikan

Malaysia selaku tuan rumah penganjuran Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 akan meneruskan siri mesyuaratnya walaupun dunia kini dilanda COVID-19.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kementeriannya selaku Sekretariat Kebangsaan APEC 2020 kekal komited memastikan segala tugas dan inisiatif dapat direalisasikan.