Aplikasi cari tandas MyWC boleh dimuat turun esok

Aplikasi My Water Closet (MyWC), medium bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat carian tandas di seluruh negara yang diperkenalkan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan boleh dimuat turun di telefon pintar mulai esok. Antara maklumat yang disediakan termasuk penarafan bintang, berbayar atau percuma dan kemudahan lain termasuk tandas Orang Kurang Upaya (OKU) serta bilik tukar lampin.