Tutup

APMM gagalkan cubaan seludup 260 tong berisi petrol

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengagalkan cubaan dua lelaki menyeludup 260 tong berisi minyak petrol ke Sitangkai, Filipina. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata dua lelaki berusia 35 dan 31 tahun itu ditahan pada 1 pagi di perairan Pulau Boheyan, Semporna.