Tutup

"Arwah tak sempat tahu berita gembira"- Balu Mejar Mohd Zahir

Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas insiden yang menimpa arwah suaminya yang meninggal dunia dipercayai terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah. Nour Shafinar, 31tahun, ketika ditemui di kediaman ibunya di Ipoh bagaimanapun berkata, dia sedih kerana tidak dapat berkongsi berita gembira bersama-sama arwah bahawa dirinya hamil.