Tutup

ASEAN - Korea Train buka peluang kerjasama baharu

Malaysia berharap program ASEAN-Korea Train anjuran Kementerian Luar Negeri Korea Selatan dengan kerjasama ASEAN-Korea Centre (AKC) yang diadakan baru-baru ini, terus mengukuhkan kerjasama dua negara. Program selama tiga hari itu menyaksikan seramai 200 peserta dibawa menjelajah ke Gyeongju, Busan, Suncheon Gwangju dan Seoul, menaiki keretapi khas sambil menyertai sesi dialog ekonomi, kebudayaan dan keamanan.