Tutup

Astro AWANI bolot hadiah pertama di Anugerah Kemudi

Selain Anugerah Sri Angkasa, Astro AWANI turut menang dua lagi anugerah pada Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan 2016 anjuran Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi). Astro AWANI dinobat tempat pertama bagi Berita TV Terbaik manakala tempat kedua bagi kategori Laporan Khas TV Terbaik. Kedua-dua laporan disediakan wakil Astro AWANI Muhafandi Muhammad.