Astro AWANI terima anugerah pembestarian sekolah negeri Terengganu

Penerbit Astro AWANI, Raja Hisham Raja Zaid menerima pengiktirafan khas sempena Anugerah Pembestarian Sekolah negeri Terengganu pada Ahad. Anak jati Terengganu itu juga turut menjadi ikon dan idola para pelajar di negeri itu khususnya yang terbabit dalam program AWANI junior dan TV Pusat Sumber Sekolah.