Tutup

#AWANI Pagi: Prosiding ICJ Gambia lawan Myanmar, Malaysia terus hulur bantuan

Usaha Gambia memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Myanmar kerana jenayah pembunuhan kaum wajar dilihat sebagai satu amaran tentang perlunya komitmen berterusan menghalang sebarang tindakan ketidakadilan ke atas mana-mana kaum di dunia ini. Ketua Eksekutif Pusat Kajian Hak Asasi Dan Advokasi, CENTHRA, Azril Mohd Amin berkata, walaupun bukan Malaysia yang merintis tindakan memfailkan kes di ICJ, ia tidak bermakna negara ini tidak mengikuti rapat perkembangan yang berlaku ke atas Rohingya.