Tutup

#AWANIByte: Operasi menyelamat lima gajah dalam tapak bekas lombong emas

Klip yang memaparkan lima ekor gajah terperangkap di dalam tapak bekas lombong emas pasti meruntun jiwa sesiapa yang menontonnya. Kumpulan gajah termasuk seekor anak gajah itu sentiasa kekal bersama sebelum akhirnya berjaya dikeluarkan menerusi laluan yang digali oleh kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Pekan, Pahang.