Tutup

#AWANIJr: 7000 pengakap

Korobori Pengakap Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2018 di Kem Pengakap Sultan Muhammad Ismail Kuala Nerus, Terengganu telah diadakan selama lima hari bermula pada 6 -10 Julai 2018 baru-baru ini. Menurut Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Abdullah Taib, pihaknya amat berbesar hati kerana Terengganu diberi pengiktirafan untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini dengan kehadiran 7000 Pengakap seluruh negara. Program Korobori diatur bagi menggerakkan kesatuan ahli-ahlinya di samping mengeratkan tali silaturrahim dan memupuk nilai moral yang murni dalam kalangan ahli pengakap melalui pelbagai aktiviti sepanjang program ini . Beliau berucap pada Majlis Perasmian Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2018 hari ini yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Muda Terengganu, Sultan Muhammad Ismail Sultan Mizan dengan diiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Krew dan Pengacara AwaniJr TV PSS MySESMA yang bertugas ialah : adik Mohd Aikal Daniel Mohd Azizul (15 TH) , Nuryusfarisya Balqis Yusrizan (15 TH) dan Nur Syafiqah Husna Zaabah (15 TH).? AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.