Tutup

#AWANIjr: Adlina Aqilah Jamaluddin Tokoh NILAM Terengganu 2018 - Kategori SRBI

Adik Adlina Aqilah Jamaluddin 12, dari SK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu akan mewakili negeri Terengganu ke Anugerah Nilam Kebangsaan 2018 dalam kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Beliau juga merupakan pengacara TV PSS dan pengacara AWANI Junior. Beliau akan mewakili negeri Terengganu untuk bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 23-27 April ini di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Jom kita sama sama saksikan video yang menarik ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.