Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIJr: Alhamdulillah kami pulang jua akhirnya

Terima kasih kerajaan Malaysia. Itulah ungkapan syukur para pelajar pusat pengajian tinggi di Malaysia kerana inisiatif kerajaan yang membolehkan mereka pulang ke kampung halaman setelah menjalani proses kuarantin di pusat pengajian masing-masing. Saudara Saiful Hazim Samsul Bahari yang merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia berkongsi proses yang dilalui mereka dalam Ops Penghantaran Pulang Pelajar. Jom saksikannya bersama pengacara AWANIJr SK Sungai Lerek Setiu Terengganu, Adik Nur Faqihah Mansor, 12. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.