#AWANIJr: Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2018

Untuk episod kali ini, wartawan Nur 'Afrina Damia Zainuddin, 10, dari STARS TV, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus akan membawa kita menyaksikan Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di SK Kompleks Seberang Takir. Jom kita saksikan sekolah mana yang akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan dalam APS 2018. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.