#AWANIJr: Apa Kata Bank Rakyat Ayer Keroh

Detik bersejarah terlakar di SK Duyong ,Melaka apabila Bank Rakyat cawangan Ayer Keroh menghulurkan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf pada Ramadan yang lalu sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12, telah menemubual Pengurus Bank Rakyat cawangan Ayer Keroh, Razak Mohd Atan. Beliau memberikan jaminan Bank Rakyat melalui program yang dirancang akan sentiasa membantu murid yang memerlukan serta membimbing mereka dalam pelajaran. Bank Rakyat berharap usaha mereka ini akan dapat melonjakkan kemenjadian murid yang sebenar. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.