Tutup

#AWANIJr: AWANI Junior & STEM

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Lapan AWANI Junior akan berkongsi kepada kita semua tentang definisi STEM. Adik Atena Ezela Hamazah (18), Nur Muna Nadirah Mohd Zubir (15) dari SMK Ketengah Jaya, Hariz Izzuddin Zuhairi (16), Nur Fatin Maisarah Muhammad (16) dari SMK Padang Kemunting, Mirrah Nashihin Akram (13), Ain Natasya Kharuddin (13) dari SMK Sultan Sulaiman, Puteri Ain Fariesya Mohd Ruhaifi dan Nur Aina Aqilah Roslan (13) dari SM Sains Sultan Mahmud ada cerita menarik berkaitan program STEM ini. Jom kita sama sama saksikannya. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.