#AWANIJr: Blackcat dan Acalypha Indica

"Blackcat" atau kucing jalanan diistilahkan kepada kucing yang mengalami stress dan tinggal di jalanan. Kucing-kucing ini diibaratkan hidup dalam dunia kegelapan dan mengalami gangguan emosi akibat persekitaran yang tidak menentu. Apakah punca berlakunya masalah ini dan adakah ia dapat diatasi? Bersama adik Sofea Adriana Ghazali, 16 tahun dari AizekTv SMK Tengku Intan Zaharah menyingkap kisah Blackcat dan reaksinya terhadap pokok Acalypha Indica dalam mengatasi masalah stress dalam kalangan kucing jalanan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.