Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIJr: Cabaran apron kuning oleh ikon Nilam negeri Terengganu

Program 'READ ME A BOOK' merupakan program galakan membaca dan pencerita perlu memakai apron kuning. Cabaran 100 hari program ini disahut oleh Ikon NILAM Negeri Terengganu iaitu Aimi Qazrina Ikbarol Hakim. Che Wan Maritza Marissa Che Wan Mohd Marzuki,10 dan Muhammad Hadif Amzar Mohd Hafiz,10 ada laporannya. Jom sama-sama kita saksikan Ikon NILAM beraksi bersama rakan-rakannya semasa cabaran tersebut berlangsung di Perpustakaan Awam Daerah Kemaman. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.