Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIJr: Cerita Dua Negeri

Aidilfitri 2020 merupakan satu memori yang akan terpahat dalam lipatan sejarah.Aktiviti balik kampung atau kunjung mengunjung tiada dalam agenda Adilfitri 2020. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong, Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,12, menyediakan kenangan ini. Aidilfitri 2020 disambut begitu sederhana kerana Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh negara. Dengan kerjasama guru SK Duyong Mohamad Ridzuan Mat ,42, yang berada di Kelantan,Hang Tuah Channel dapat merakamkan suasana Aidilfitri di Kelantan. Begitu juga suasana di Negeri Melaka yang tidak semeriah tahun sebelum ini dengan merayakan sesama keluarga yang berada di kediaman yang sama. Semoga pendemik COVID-19 ini berlalu agar kita dapat menjalani kehidupan biasa dalam norma baharu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.