Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIJr: Gaya Raya Normal Baharu

Episod kali ini menampilkan wartawan Sepadu TV, SK Paka II Dungun, Terengganu iaitu Nur Areesa Ashiera Mohd Hafiz, 9 sebagai penyampai liputan suasana Aidilfitri semasa PKP ini. Suasana hari raya pada tahun ini tentunya agak berbeza kerana kita masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19. Jom saksikan laporan yang disediakan oleh wartawan kami. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.