Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIJr: Guru bersetanjak berbicara

"Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" begitulah tema Hari Guru Tahun 2020. Walaupun dalam tempoh PKPB, Pengacara Hang Tuah Channel, Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul Izwan, 12, menyulami jasa-jasa guru SK Duyong dalam mendidik anak bangsa. Hj Mohd Fares Hj Mustafa selaku Guru Besar SK Duyong menzahirkan rasa terima kasih atas khidmat bakti warga guru terutama dalam mendepani normal baharu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau berharap para guru sentiasa memegang amanat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Dr Mohd Azam Ahmad yang mahukan para guru berubah mengikut perkembangan semasa dalam mendidik para pelajar. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.