#AWANIJr: Hari Konsultasi Ubat 2019

Pada 2 April 2019, kru My Lb Channel Tv Pss SK Binjai Kemaman, Terengganu telah berpeluang membuat liputan Program Hari Konsultasi Ubat 2019 peringkat Daerah Kemaman, Terengganu bertempat di ruang legar Centre Point, Kemaman. Seramai 18 orang duta cilik dan 4 orang duta guru SK Binjai, Kemaman telah dijemput menyertainya. Ikuti liputan ringkas dari kru MY LB Channel sepanjang berkunjung ke program tersebut. Jom kita bersama adik Nur Farihah Azmira Azmi, 11- kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.