Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIJr: Jom baca bersama di rumah

Pada 23 April 2020 PSS SMA Marang telah melancarkan Program Jom Baca Bersama #dudukdirumah #bacadirumah bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Membaca bagi tahun 2020. Membaca jambatan ilmu. Walau di mana jua kita berada, jangan lupa luangkan sedikit waktu untuk menuntut ilmu. Jom bersama Krew TV Al-Hikmah, Nur Aisyah Hamiluddin 17, menyingkap kemeriahan sambutan warga SMAMT membaca di rumah masing-masing. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.