#AWANIJr: Jom Rakam

Bengkel TVPSS Terengganu 2019 telah diadakan pada 1 Julai 2019 bertempat di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin ( SMAASZA) . Ikuti tips-tips kemahiran merakam video menggunakan telefon pintar yang dikongsikan oleh Penerbit UNISZA dalam salah satu slot Bengkel TVPSS ini. Bersama-sama Muhammad Rusyaidi Darwish Roslan 10, pengacara SEKEP TV, TV PSS Sk Paka, Dungun Terengganu membawakan laporannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.