#AWANIJr: Kami dan IPG Kampus Sultan Mizan

Pada 16 April 2019, team UPSR SK Kuala Besut ll (SKUBEST2) telah ke IPG Kampus Sultan Mizan bagi mengenali mikroskop dengan lebih dekat lagi. Jelas sekali usaha sama ini memberi ilmu dan pengetahuan yang amat berguna mengenai mikroskop. Siti Khairun Nisrin Mohd Nadzri, 9, wartawan Bayu Tv SKUBEST2 ada laporannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.