Tutup

#AWANIJr: Karnival Dakwah MTQSS dan Festival Nasyid Zon Rantau Abang 2018

Pada rancangan kali ini Krew D?S TV TVPSS SK SERDANG DUNGUN membuat Liputan KARNIVAL DAKWAH MTQSS DAN FESTIVAL NASYID KPM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON RANTAU ABANG 1439H/2018M. Majlis Tadarus al-Quran diadakan pada setiap tahun. Ini bagi menyahut seruan kerajaan Malaysia dalam meningkatkan potensi diri murid di sekolah. Menyedari hakikat tersebut, Karnival ini telah diadakan di Peringkat Zon Rantau Abang. Peserta-peserta yang terpilih dari kalangan murid yang terbaik mengikut kategori dan akan mewakili Zon Rantau Abang untuk ke Peringkat Daerah. Mari kita ikuti liputan yang telah dibuat oleh Adik Ifti Nuraisha 12 dan Wan Nurul Hanin 11. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.