#AWANIJr: Majalah Sekolah Digital

Majalah Sekolah Digital atau majalah elektronik adalah satu bentuk majalah yang menggunakan media elektronik untuk menghasilkan pelbagai artikel bermaklumat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman serta Perpustakaan Awam Daerah Kemaman (PADK) telah mentransformasikan majalah sekolah dalam bentuk digital melalui program Majalah Digital yang dijalankan di bawah inisiatif Komuniti Pintar Kemaman . Ia bertujuan melahirkan murid-murid yang celik IT, berfikiran kreatif dan kritis disamping menguasai kemahiran berkomunikasi dalam dwi bahasa. Nor Syafiqa Shahira Mohamad (11 tahun) dari Merpati Tv Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman turut berada di sana untuk memberi laporan.