Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIJr: Ops Sanitasi & Disinfeksi SMKAKA

Selepas lebih 3 bulan sesi persekolahan tahun 2020 ditangguhkan kerana perintah kawalan pergerakan @ PKP akibat ancaman penularan wabak COVID-19, kini sesi persekolahan bakal disambung semula tidak lama lagi. Sehubungan itu, bagi menjamin keselamatan seluruh warga sekolah, khususnya para pelajar, pematuhan terhadap SOP amat dititik beratkan. Antara persediaan penting sebelum bermulanya sesi persekolahan pasca COVID-19 ini ialah Operasi Sanitasi & Disinfeksi premis sekolah. Bersama Mawaddah Afrina Rokit, 17, Pengacara TV Abqori, PSS SMKA Kuala Abang, kita saksikan Ops Sanitasi SMKAKA yang telah dijalankan pada 9 Jun 2020 baru--baru ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.