Tutup

#AWANIJr: Pengawetan haiwan

Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitaran (PPSMS) ditubuhkan dengan objektif untuk menghimpunkan kepakaran dalam bidang ilmu sains marin, sains sekitaran dan ekosistem di bawah satu organisasi serta menyediakan peluang yang baik kearah penyepaduan dan pengukuhan jaringan. Disamping itu, PPSMS menawarkan program pengajian yang berkualiti untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan dalam bidang sains marin, sains sekitaran dan ekosistem dengan menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan menerusi penyelidikan fundamental dan eksploratori. Salah satu kursusnya adalah berkaitan dengan pengawetan haiwan. Sempena Discover UMT & Perintis STEM 2020, adik Nur Ain Abdullah,14 dari SeNILAMTV PSS Al-Mumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu berpeluang untuk mengenali Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitaran secara lebih dekat. Mari kita saksikan.