Tutup

#AwaniJr: "Perkongsian Ilmu Bersama Sekolah Pencapaian Terbaik STPM 2018"

Pengacara AL-WATANTV Siti Syahindah Suaimi,14 mengupas Program Perkongsian Ilmu Bersama Sekolah Terbaik Pencapaian STPM 2018 Daerah Besut yang memberi peluang kepada SMKA Wataniah berkongsi ilmu bagaimana SMA MAARIF menguruskan program STPM sehingga berjaya dinobatkan sebagai SEKOLAH PENCAPAIAN TERBAIK STPM 2018 sekaligus membantu Terengganu mengekalkan kedudukan terbaik dalam peperiksaan STPM 2018. Perkongsian ini telah diterjemahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMA MAARIF, Mohd Azami Abdul Ghani. Liputan diteruskan dengan Ketua Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Besut, Mahusin Mamat yang turut memberi sekalung penghargaan dan berbangga dengan pencapaian ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.