#AWANIJr: Rezeki Dikongsi Bersama

Rezeki Dikongsi Bersama merupakan sebuah video Majlis Pengagihan Bantuan Program Food Bank YaPEIM 1.0 Daerah Besut yang diadakan pada 28 Disember 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, Besut, Terengganu. Seramai 200 buah keluarga daripada golongan B40 telah terpilih untuk menerima bantuan ini. Bersama Nur Damia Batrisya Che Suhaimi,12, pengacara Samudera TV PSS, SK Kuala Besut, Besut, Terengganu menemuramah Puan Kartina binti Ahmad, Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu.