#AWANIJr: Sains untuk kesejahteraan

Hari ini 7 April 2019,Ahad telah berlangsungnya pelancaran minggu sains negara bagi tahun 2019 di Pusat Sains Kg. Laut,Terengganu .Program ini dirasmikan oleh YB Ustaz Ahmad Shah Bin Mohamed selaku Adun kawasan Bandar Kuala Terengganu. Minggu Sains Negara ini akan berlangsung selama 12 hari iaitu 1 April hingga 12 April 2019. Selain itu dalam majlis ini dijemput tetamu khas iatu idola sains Terengganu Profesor Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah selaku Pengarah,Pusat Fizik Zarah Kebangsaan ,Universiti Malaya.Seramai 14 buah sekolah yang telah mengikuti program pada hari ini.Dengan adanya program sebegini dapat mendedahkan ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam kepada pelajar di samping menarik minat pelajar dalam bidang ini. Krew yang bertugas bagi program pada hari ini ialah Rabi'atul Humairah Mohd Afandi,16 dan Anis Afiqah Zambri,16 dari krew tv Al Hikmah Sma Marang. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.