Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIJr: Sambutan Aidilftri 2020 dalam kenangan

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani puasa dengan tekun. Namun, pada tahun 2020 ini, Aidilfitri disambut dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020. Adik Nur Ain Abdullah, 15 dari SeNILAM TV SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu bersama-sama dengan adik Fartinie Arisa Anual, 16 dari TV Al-Hikmah SMA Marang mendapatkan pandangan umum tentang sambutan Aidilfitri tahun 2020. Mari sama-sama kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.