Tutup

#AWANIJr: Secangkir Teh, Selaut Budi

Tahun 2019 akan melabuhkan tirainya, TVPSS Hang Tuah Channel diberi tanggungjawab untuk majlis "Secangkir Teh, Selaut Budi" sebagai penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam jalinan kerjasama SK Duyong. Majlis diadakan dengan kerjasama Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka pada 8 November 2019. Kehadiran tetamu khas terutama YM Raja Hisyam Raja Zaid, penerbit Astro Awani , Hj Akram@Amir Abd Majid, Peneraju TVPSS Terengganu, Datin Hjh Mariani Hj Yahaya mewakili JPN Melaka menambahkan lagi keceriaan majlis bersama tetamu jemputan yang lain. Malahan, majlis ini juga untuk menghargai krew TVPSS Hang Tuah Channel yg bergabung tenaga dalam menghasilkan karya-karya untuk 18 episod ke Astro Awani, Awani Junior. Majlis turut menghargai jasa dan bakat Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12, yang akan melangkah ke sekolah menengah tahun 2020. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.