Tutup

#AWANIJr: Semangat anak muda

Krew TV Al-Hikmah SMA Marang berpeluang menemubual seorang anak muda yang kian mencipta nama dalam bidang pertanian dan penternakan. Abdul Hadi Salleh 30 memilih untuk meletakkan jawatan sebagai pegawai audit di Kuala Lumpur untuk pulang mengusahakan penternakan itik dan tanaman ladanya di Kampung Sentul Patah, Marang, Terengganu. Bersama pengacara Awani JR iaitu Nur Ain Khamsiah Mohd Yusoff, 15 dan Nik Nurul Insyirah Megat Badrol, 15 mendalami kisah beliau. Jom sama-sama kita saksikan.