#AWANIJr: SMKAKA Mumtaz 2019

SMKAKA Mumtaz adalah salah satu projek kecemerlangan akademik SMKA Kuala Abang Dungun Terengganu. Pada setiap tahun, pelancaran program MUMTAZ akan dilangsungkan sebagai motivasi dan pencetus semangat kepada murid-murid, khususnya murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Pada tahun ini, Pelancaran SMKAKA MUMTAZ telah disempurnakan perasmiannya pada Ahad, 20 Januari 2019 baru-baru ini oleh Yang Berusaha Tn Hj Mohd Sabri bin Ali, Penolong Kanan Pentadbiran SMKAKA. Raja Aiman Hakimi Raja Hisyam, 13, Pengacara TV Abqori, PSS SMKA Kuala Abang, Dungun, Terengganu membuat liputan pelancaran program tersebut. Jom kita saksikan... AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.