#AWANIJr: Tips penjagaan kucing

Kucing adalah sejenis binatang peliharaan yang sangat jinak. Ia boleh dipelihara sama ada di luar atau di dalam rumah. Ramai dalam kalangan kita yang menjadi penggemar kepada pemeliharaan kucing ini namun kadangkala menghadapi masalah untuk menjaganya. Oleh sebab itu Wartawan dan Pengacara TV A.N PSS SK Seri Buluh, Hulu Terengganu, Amni Nafisa Zabidi (11 tahun) dan Dhamirah Amani Muhamad Zainuddin (11 tahun) akan memaparkan beberapa tips ringkas penjagaan kucing di rumah. Semoga memberi sedikit informasi kepada pengemar kucing di luar sana. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.