Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIJr: Usia bukan penghalang cinta

Penampilan pertama Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, Joshua Goh,12, dalam Program Jom Baca Bersama 10 minit yang dilaksanakan serentak di seluruh negara secara dalam talian pada 23 April 2020 di kediaman masing-masing.Warga SK Duyong juga turut serta dalam program ini secara atas talian. Siaran TVPS Hang Tuah Channel pada kali ini sangat istimewa dengan penampilan khas Dr Mohd Azam Ahmad, Pengarah JPN Melaka yang memberikan komentar hasil dapatan Program Jom Baca Bersama 10 minit peringkat Negeri Melaka, yang mana 90 peratus penyertaan dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Beliau berharap program membaca ini diperluaskan lagi dalam apa jua bentuk atau kaedah pembacaan agar setiap lapisan masyarakat didik dengan tabiat suka membaca sejak dari kecil. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.