Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

#AWANIRangers: Pengalaman bahagia derma darah

20 April 2020,Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Seperti yang diketahui ramai, bekalan tabung darah Pusat Derma Darah di seluruh Malaysia kini berkurangan. ramai individu yang sering menderma darah setiap 3 bulan kini berkurangan tambahan pula dengan musim PKP ini. Disini beberapa individu menceritakan pengalaman mereka menderma darah , ada diantaranya yang sering hadir dan telah masuk kali ke-8 menderma sejak berumur 19 tahun lagi. setiap pek darah dapat menyelamatkan 3 nyawa, itulah sering dikatakan mereka atas dasar membantu dan merasakan ia separuh dari tanggungjawab membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Menderma darah juga membantu kita untuk mengawal kesihatan. Laporan ini disediakan oleh: Afiq Latif AWANI Rangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.