Tutup

Aziz Bari nafi sanggup tukar 'baju' guling MB Perak

Exco Kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari menegaskan tiada sebarang pakatan atau sebarang usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Dakwaan yang mengaitkan beliau dengan usaha itu juga tidak benar kerana ia bukannya sesuatu yang mudah. Sebuah akhbar tempatan pada Selasa melaporkan Abdul Aziz sanggup menukar 'baju' dari DAP kepada bersatu untuk membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar.