Tutup

Azmin: Bincang pandangan melalui muafakat

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan parti- parti pembangkang agar membincangkan sebarang pandangan melalui semangat muafakat. Ia susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyifatkan Pakatan Harapan tiada hala tuju susulan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Beliau berkata demikian selepas Majlis Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat di Kuala Selangor. Untuk perkembangan lanjut terus saja bersama wartawan Rahimah Abdullah.