Tutup

Azmin persoal Anwar mengenai perlantikan baharu MPP

Pelantikan beberapa individu tertentu dalam kepimpinan tertinggi parti, seperti yang diumumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat tidak mencerminkan prinsip ?fair and just representation?, tegas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, pelantikan itu juga tidak akan membantu parti untuk maju.