Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Banduan Penjara Penor bantu jahit PPE

Bengkel jahitan Penjara Penor di Kuantan kini menggunakan masa untuk menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19. Bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari, seramai 18 banduan yang ditempatkan di bengkel itu akan bertungkus-lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.