Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bangun sistem jualan ikan terus dari laut - Salahuddin

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membangunkan satu sistem yang membolehkan hasil tangkapan nelayan boleh dijual ketika mereka masih berada di lautan. Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata inisiatif itu antara langkah yang diambil kementerian dalam meningkatkan pendapatan nelayan seperti digariskan dalam pelan hala tuju meningkatkan pendapatan golongan itu.