Tutup

Bangunan kerajaan yang kosong akan dijadikan PPS

Kerajaan mempertimbangkan untuk menjadikan bangunan kerajaan atau kuaters guru yang kosong sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa banjir di seluruh negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pihaknya sedang meneliti cadangan tersebut bagi memberikan lebih keselesaan kepada mangsa banjir.