Tutup

Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya

Keadaan banjir di negeri Terengganu pulih sepenuhnya dan kesemua mangsa yang terjejas telah pulang ke rumah masing-masing. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu , Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata dua pusat pemindahan di daerah Kuala Nerus menjadi lokasi terakhir di tutup kira-kira jam 11 pagi Sabtu. Situasi itu juga mengambarkan gelombang banjir ketiga yang melanda negeri Terengganu dijangka berakhir.