Tutup

Bantuan perkahwinan elak masalah sosial

Bantuan perkahwinan memberi dorongan dan motivasi kepada masyarakat supaya meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat dan memilih untuk mendirikan rumah tangga melalui ikatan perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, ia juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial serta usaha pihak kerajaan terutama bagi membantu golongan asnaf dan berpendapatan rendah.