Bawa bayi 18 bulan untuk lepaskan gian dadah

Sepasang suami isteri yang disyaki penagih dadah tegar sanggup membawa bayi mereka yang berusia 18 bulan ke sebuah rumah yang dijadikan sarang penagihan untuk memuaskan nafsu mereka terhadap bahan terlarang itu. Kedua-dua mereka antara yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK Kerian dalam Ops Perdana yang dijalankan di Parit Haji Dollah, Selinsing bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang Rabu.