Bayaran balik GST: Kementerian Kewangan hormati syor PAC

Kementerian Kewangan menegaskan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara PAC mengesahkan bahawa terdapat beberapa ketidakpatuhan dalam bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan GST oleh kerajaan terdahulu. Menterinya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menjelaskan Akta GST telah dilanggar seperti dimaklumkan Peguam Negara Kepada PAC.